Saturday, July 11, 2009

hiasan manusia


Terimalah cacian gurumu dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran
kerana ilmu gurumu hanya akan dapat engkau terima dengan menyerahkan dirimu sepenuhnya kepadanya.
sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getirnya menuntut ilmu, mestipun sedikit,
tentulah ia akan terjerumus ke dalam lembah kebodohan seumur hidupnya.

"barang siapa yang tidak memanfaatkan masa mudanya dengan menuntut ilmu,
maka bertakbirlah untuknya empat kali sebagai tanda kematiannya"

ilmu itu ladang kebanggaan,
maka berbanggalah kamu dengan ilmu
dan jangan sampat terlewat oleh mu untuk memiliki ladang kebanggaan itu..
sedarlahhhhh...
ilmu tidak akan dapat diraih oleh orang-orang yang perhatiannya hanya
pada makanan dan pakaian,
ilmu akan lebih senang bersahabat dengan orang-orang yang hidupnya sederhana..

ambillah ilmu itu sebanyak-banyaknya,
meskipun engkau harus berkorban dan menderita.
kerana pada suatu hari kelak, bila engkau menghindari dari suatu majlis
dan engkau yang memimpinnya,
maka engkau yang akan menjadi kebanggaan majlis itu..

Thursday, July 9, 2009

Kerjaku ibadahku..




aku adalah kesedaran untuk mereka
yang tidak sedarkan diri..
aku adalah kaki untuk mereka yang mengalami paralysis
aku adalah mata untuk mereka yang tidak boleh melihat..
aku adalah nyawa untuk mereka yang ingin membunuh diri
aku adalah pergerakkan untuk bayi yang baru lahir..
aku adalah pengetahuan dan keyakinan diri untuk ibu-ibu muda..
aku adalah suara untuk mereka yang terlalu lemah untuk berkata-kata..

dan setiap anggotaku juga adalah untuk beribadah...
mata ku begitu alert untuk melihat dan mengesan sesuatu yang berlaku
telinga ku bagaikan telinga lintah yang mampu mendengar bunyi-bunyi yang di keluarkan oleh clientku..
telinga ku juga tidak loket untuk mendengar setiap luahan yang diluahkan oleh mereka..
hatiku mudah berasa simpati dengan keadaan yang menimpa client ku..
hatiku penuh dengan kasih sayang terhadap mereka...
seolah-olah aku berada pada situasi itu.

Tanganku adalah kudratku..anugerah tuhan yang paling besar buatku..
Dengan tangan ini aku membersihkan mereka.
Tiada istilah kotor, jijik, loya dan mual dalam kamus hidup ku..
Najis, nanah, darah sudah sebati dengan diriku..
Dengan tangan ini aku menyuapkan makanan ke mulut mereka yang tidak mampu..
Dengan tangan ini lah aku memberi segala perawatan kepada mereka...
Betapa aku simpati melihat keadaan mereka...
Betapa tuhan itu maha berkuasa ke atas sesuatu...
Aku memberi penjagaan seolah-olah aku menjaga ahli keluarga ku sendiri...
Kakiku pula pantas bergerak ke sana sini menjaga kebaikan mereka..
semoga aku diberkati...

inilah aku...

Saturday, July 4, 2009

Hubungan cinta luar biasa..

Cinta ni ada banyak jenisnya....yang paling utama adalah cinta kita kepada Allah s.w.t dan rasulullah s.a.w...dan xsemestinya cinta pada aweks dan pakwe aje..dengan mak ayah pun boleh cinta jugak!!
Tetapi kalau ada yang bercinta seperti yang kat bawah ni....tu memang dah luar biasa dah tu..hehehe

 Bercinta dengan ikan duyung
Ermmm...punya la banyak pompuan2 yang berbentuk manuasia kat mukabumi ini, yang berbentuk ikan duyung jugak yg korang nak! Hahaha..memang luar biasa sebab cuba kita pk kemana kesudahan percintaan macam tu..?????

 Bercinta dengan bayang-bayang
Yang ni pun luar biasa jugak!! Member-member suma bercinta dengan org tapi ada pulak yang bercinta dengan bayang-bayang awek yang dia minat. Yang real xcinta tapi bayang-bayang pulak yang di cintainya. Xbetul ke aper..hehehehe

 Bercinta dengan kambing
Bukan setakat kambing jer, dengan binatang lain seperti kucing, harimau, zirafah, hamster dan lain2 lagi..
Hahahaha...yang ni lagi la xlogik, bukan saje xlogik malah amatlah di larang..


 Bercinta dengan patung
Ermmm yang ni bukan saje xlogik..klu diteruskan jugak nanti ada yang di gelar psiko oleh suma org pulak.best sangat ker bercinta dengan patung tu?

 Bercinta dengan pontianak
Ni memang kejer giler...bukan setakat cinta luar biasa dah ni!!!!sebenarnya diri dah berada dia alam yang berlainan...xlogik langsung!!!macam sengaja menempah bala pun ada jugak..karang xpasal2 kena cekik..heheheh seramnya..

'Cinta pada manusia atau apa sahaja akan sering buat kita kecewa. Cinta pada Tuhan, akan membuatkan kita bertambah bahagia..Kenapa kita kejarkan cinta manusia yang tidak menjanjikan apa-apa, sedangkan Allah yang pasti mencintai kita takkan pernah menolak cinta kita?'

'Cinta pada Allah tu juga macam kita cinta pada manusia.
Jika kita tidak mengenal Allah,dan berusaha untuk membuat sesuatu yang membuatkan dia senang pada kita, tentulah kita takkan dapat cintakan Allah.

Thursday, July 2, 2009

kunci oh kunci...

salam...
syukur alhamdulillah akhirnya hari ini dapat kutempuh juga walaupun rasa macam nak patah jer tulang empat kerat nihhhh..
di sini ku cuma nak luahkan rasa , terutama kepada sesiapa yang masih belajar sama macam aku nihhh..jangan ikut perangai aku ni yang akhirnya menanggung susah..pada org yang xmengalaminya akan menganggap ini cuma hal kecik jer.."alah bisa tegal biasa".

cuti akhir semester dah berakhir, so semua student yang sama denganku balik la ke kolej..pihak kolej dah tetapkan 2julai untuk pulang ke hostel.memandangkan 1 julai tu sibuk ngan pelatih-pelatih baru..
sebelum balik bercuti akhir semester, semua student di arahkan supaya mengosongkan bilik dan menyerahkan kunci bilik kepada pihak asrama untuk kejer2 pengurusan.
tapi diatas kedegilan ku, aku balik bercuti tanpa mengosongkan bilik, hanya kemaskan barang2 masuk dalam kotak jer..kunci pun aku xserah ingatkan xder tindakan aper2 yang akan diambil...habis jer cuti aku terus balik hostel pada 1 julai dengan harapan aku boleh masuk bilik lamaku dan dapat memindahkan barang-barangku ke bilik yang baru memandangkan kunci bilik berada di tangan ku..tp lain pula yang berlaku, rupanya tombol pintu bilik lamaku dah ditukar dengan yang baru...jadinya aku tidak dapat masuk ke bilik, aku mula berfikir kat mana nak tidur malam ni, perasaan ni dah mula kacau..mau tidak mau aku harus ke pejabat pengurusan asrama untuk dapatkan kunci bilik yang baru..puas ku pujuk penyelia asrama untuk ku ambil kunci bilik yang baru..bermacam alasan ku beri...xyah la sebut aper alasan tu..kalau di ingatkan rasa cam xlogik jer alasan yang ku beri tu..hehe siap kena lecture lagi sebab datang ambil kunci bukan pada tarikh yang sepatutnya..tapi akhirnya alhamdulillah aku berjaya dapatkan kunci tapi masalahnya aku diberi kunci untuk bilik baru ku, kerana bilik lamaku telah dihuni oleh org lain.
jadi harapan ku untuk memindahkan barang pada hari tersebut xtercapaila..ingatkan kalau balik hostel awal dapat la rehat kejap sebelum pergi kelas nanti, tp lain pulak jadinya...ermmm

keesokkan harinya aku pergi ke bilik lama untuk tgk kalau2 penghuni baru tu dah ada ke belum kat bilik dia...namun hampa juga..puas ku tunggu ku tunggu ku tunggu tapi xdatang juga.macam mana ni?apa harus ku buat? malam ni tepat pukul 8 malam kami kan bertolak ke klang..tapi barang2 semua xboleh nak ambil lagi...kelam kabut jugak aku dibuatnya..1 jam lepas tu baru la aku nampak penghuni bilik itu datang..indian girl rupanya..syukur alhamdulillah akhirnya boleh juga aku ambil barang2 ku...
baru ada perasaan lega sikit..tapi itu cuma beberapa saat jer..sebaik sahaja pintu bilik itu di buka alangkah terkejutnya aku satu habuk pun xder barang2 aku...rasa cam nak menangis jer saat tu...mana tidaknya..semua uniform, buku2 semua kat situ..dah hilang punca dah time tuhhhh, xtahu nak cakap aper...tiba2 ternampak redicare lalu di hadapan ku...aku cuba bertanya kepadanya kemana barang2 kat dalam bilik tu..dia cakap suma barang2 tu kat dalam bilik utiliti...alahai masalah lagi, bilik utiliti tu pun berkunci..sengsarala lagi sekali untuk dapatkan kunci...
aku bergegas pula pergi ke pejabat pengurusan asrama..nasib ku baik ada seorang senior ku di situ...aku cuba minta pertolongan dari dia untuk dapatkan kunci bikil utiliti tu...syukur alhamdulillah dia tolong walaupun dia tahu itu satu kesalahan mengambil kunci tanpa pengetahuan pihak pengurusan dan tiada sebarang butir di rekodkan..aku amat berterima kasih kepadanya kerana memberi pertolongan di saat aku amat2 membutukannya..hampir 3 jam aku memindahkan barang2 ke bilik baru ku..rasa seperti nak tercabut semua urat sarafku..habis seluruh anggota terasa perihnya mengangkat kotak-kotak yang sarat dengan buku2 dan pakaian..selesai pindahkan barang, kena kemaskan barang lagi untuk bertolak ke klang malam ni pukul 8mlm..aduhhhhh sakitnya...penat tadi pun xhilang lagi..kejap lagi berangkut lagi barang2..asik pindah randah jer..beginilah kehidupan seorng pelajar...ermmm hampir pukul 12 malam baru selesai semua bab kemas mengemas kat klang ni...esok ader kelas teori..harap2 aku dapat tumpukan perhatian..insyaAllah..ku harus tabah..inilah liku2 kehidupan sebagai seorang pelajar...ni baru yang biasa2, yang akan datang nnt belum tahu lagi....wallahu'alam..

Wednesday, July 1, 2009

Pantun pasca bayar





Tanjung kantung airnya biru
Tempat mandi nak dara jelita
bil henpon melambung sikit punya haru
asyik dok bergayut dengan kau merata-rata

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
bil henpon ini bila kau nak bayar
pinjam pandai xkan bayar bil kau tak reti..

hanyut sampan anak temenggung
di bawa arus hingga kemuara
kalau bil henpon melambung tak tertanggung
sms sajalah xpayahla nak dengar suara..

pecah hidung pecah mulut
bil henpon melambung macam mana aku x kalut

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tapak tangan
bil henpon dah cecah beribu
patutla kau nak aku yang buat panggilan.

Yang korek itu hidung,
Yang melekat itu bijihnya
Patutla bil henpon aku melambung
Asik dok main sms dengan kau rupanya.

Dia kekasih....

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat...
Selagi upaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat.....
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta...
Rinduku padanya tiada terkata...
Nantikanlah daku di taman syurga...

ada apa dengan mata....

kenapa ni.....
lagi 5 minit menunjukkan pukul 3am..
tapi mata ni masih xmampu lelap lagi...
bermacam perasaan silih berganti, ada yang datang ada yang pergi..

rupanya kepala ni ingat kat kampung lagi..
maklumla cuti berakhir hari ini...
esok ada kelas teori...
mata ni kena berhati-hati...kalau x habislah cikgu nampak nanti..
huhuhuhu..
takut ada yang lain tumpang sekaki...

Nawaitu..

"gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"zie_awana.