Thursday, July 2, 2009

kunci oh kunci...

salam...
syukur alhamdulillah akhirnya hari ini dapat kutempuh juga walaupun rasa macam nak patah jer tulang empat kerat nihhhh..
di sini ku cuma nak luahkan rasa , terutama kepada sesiapa yang masih belajar sama macam aku nihhh..jangan ikut perangai aku ni yang akhirnya menanggung susah..pada org yang xmengalaminya akan menganggap ini cuma hal kecik jer.."alah bisa tegal biasa".

cuti akhir semester dah berakhir, so semua student yang sama denganku balik la ke kolej..pihak kolej dah tetapkan 2julai untuk pulang ke hostel.memandangkan 1 julai tu sibuk ngan pelatih-pelatih baru..
sebelum balik bercuti akhir semester, semua student di arahkan supaya mengosongkan bilik dan menyerahkan kunci bilik kepada pihak asrama untuk kejer2 pengurusan.
tapi diatas kedegilan ku, aku balik bercuti tanpa mengosongkan bilik, hanya kemaskan barang2 masuk dalam kotak jer..kunci pun aku xserah ingatkan xder tindakan aper2 yang akan diambil...habis jer cuti aku terus balik hostel pada 1 julai dengan harapan aku boleh masuk bilik lamaku dan dapat memindahkan barang-barangku ke bilik yang baru memandangkan kunci bilik berada di tangan ku..tp lain pula yang berlaku, rupanya tombol pintu bilik lamaku dah ditukar dengan yang baru...jadinya aku tidak dapat masuk ke bilik, aku mula berfikir kat mana nak tidur malam ni, perasaan ni dah mula kacau..mau tidak mau aku harus ke pejabat pengurusan asrama untuk dapatkan kunci bilik yang baru..puas ku pujuk penyelia asrama untuk ku ambil kunci bilik yang baru..bermacam alasan ku beri...xyah la sebut aper alasan tu..kalau di ingatkan rasa cam xlogik jer alasan yang ku beri tu..hehe siap kena lecture lagi sebab datang ambil kunci bukan pada tarikh yang sepatutnya..tapi akhirnya alhamdulillah aku berjaya dapatkan kunci tapi masalahnya aku diberi kunci untuk bilik baru ku, kerana bilik lamaku telah dihuni oleh org lain.
jadi harapan ku untuk memindahkan barang pada hari tersebut xtercapaila..ingatkan kalau balik hostel awal dapat la rehat kejap sebelum pergi kelas nanti, tp lain pulak jadinya...ermmm

keesokkan harinya aku pergi ke bilik lama untuk tgk kalau2 penghuni baru tu dah ada ke belum kat bilik dia...namun hampa juga..puas ku tunggu ku tunggu ku tunggu tapi xdatang juga.macam mana ni?apa harus ku buat? malam ni tepat pukul 8 malam kami kan bertolak ke klang..tapi barang2 semua xboleh nak ambil lagi...kelam kabut jugak aku dibuatnya..1 jam lepas tu baru la aku nampak penghuni bilik itu datang..indian girl rupanya..syukur alhamdulillah akhirnya boleh juga aku ambil barang2 ku...
baru ada perasaan lega sikit..tapi itu cuma beberapa saat jer..sebaik sahaja pintu bilik itu di buka alangkah terkejutnya aku satu habuk pun xder barang2 aku...rasa cam nak menangis jer saat tu...mana tidaknya..semua uniform, buku2 semua kat situ..dah hilang punca dah time tuhhhh, xtahu nak cakap aper...tiba2 ternampak redicare lalu di hadapan ku...aku cuba bertanya kepadanya kemana barang2 kat dalam bilik tu..dia cakap suma barang2 tu kat dalam bilik utiliti...alahai masalah lagi, bilik utiliti tu pun berkunci..sengsarala lagi sekali untuk dapatkan kunci...
aku bergegas pula pergi ke pejabat pengurusan asrama..nasib ku baik ada seorang senior ku di situ...aku cuba minta pertolongan dari dia untuk dapatkan kunci bikil utiliti tu...syukur alhamdulillah dia tolong walaupun dia tahu itu satu kesalahan mengambil kunci tanpa pengetahuan pihak pengurusan dan tiada sebarang butir di rekodkan..aku amat berterima kasih kepadanya kerana memberi pertolongan di saat aku amat2 membutukannya..hampir 3 jam aku memindahkan barang2 ke bilik baru ku..rasa seperti nak tercabut semua urat sarafku..habis seluruh anggota terasa perihnya mengangkat kotak-kotak yang sarat dengan buku2 dan pakaian..selesai pindahkan barang, kena kemaskan barang lagi untuk bertolak ke klang malam ni pukul 8mlm..aduhhhhh sakitnya...penat tadi pun xhilang lagi..kejap lagi berangkut lagi barang2..asik pindah randah jer..beginilah kehidupan seorng pelajar...ermmm hampir pukul 12 malam baru selesai semua bab kemas mengemas kat klang ni...esok ader kelas teori..harap2 aku dapat tumpukan perhatian..insyaAllah..ku harus tabah..inilah liku2 kehidupan sebagai seorang pelajar...ni baru yang biasa2, yang akan datang nnt belum tahu lagi....wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

Nawaitu..

"gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"zie_awana.