Monday, July 27, 2009

ada apa dengan cinta..



"Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat".
"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita" "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu" "Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu" .
"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu" .
."Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu" "Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu".
"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu" "Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu" "Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu" "Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu" .
"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

NASIHAT SYEIKH ALI TANTAWI kpd semua MUSLIMAH


Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu, iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku,

Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong..bohong..demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah!

untukmu muslimah...

1.Bulu kening

Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) "
Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2.Kaki (tumit kaki)
" Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan "
An-Nur : 31

a) menampakkan kaki
b) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3.Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina "
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

4.Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka "
An-Nur : 31

5.Gigi

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya "
Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah "
Riwayat Bukhari dan Muslim

6.Muka dan leher
" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliyah yang dahulu "

a) bersolek ( make-up )
b) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah

7. Muka dan Tangan
" Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid
tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja "
Riwayat Muslim dan Bukhari


8. Tangan
" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya "
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9. Mata
" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya "
An Nur : 31

"Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan"
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi

10. Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik "
Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "
Riwayat Ibn Majah

11. Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)"
An Nur : 31

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya"
Riwayat Al Bazzar

Friday, July 24, 2009

hikmah di sebalik ujian...






walau bagaimana perit dan sengsara pun hidup ini, jika kita bersabar dan redha dengan ketentuan Allah pasti ianya mengandungi banyak pengajaran serta hikmah di sebalik ujian yang kita hadapi.
justeru anggaplah kehidupan di dunia ini sebagai persinggahan , sementara kita menuju ke negeri yang kekal abadi. segala rintangan dan halangan yang ditempuhi itu adalah satu ujian yang mesti dilalui berbekalkan kesabaran dan keimanan kepada Allah. diantara hikmah Allah menurunkan ujian dan cubaan kepada hamba-hamba-Nya ialah:
  • untuk membersihkan diri kita daripada sifat-sifat yang keji.
  • untuk memilih siapa yang bebar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
  • untuk menguji siapa yang sabar, redha dan bergantung sepenuhnya keyakinannya kepada Allah.
  • untuk menentukan siapa yang benar dan siapa diantara kita yang munafik.
  • untuk membentuk keperiabadian mukmin yang sejati, tahan diuji dan tahan lasak hingga dapat melahirkan insan yang berakhlak luhur.
  • untuk menguji siapa yang lebih baik amalanya.
  • untuk mengangkat martabat manusia menjadi insan yang benar-benar perhambakan diri hanya kepada Allah SWT.
Demikianlah sebahagian daripada hikmah yang tersirat di sebalik ujian dan cubaan hidup di dunia ini. justeru beerdoalah kepada Allah agar kita termasuk ke dalam glongan yangmukmin yang tabah dan sabar.

firman Allah SWT:

"wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung"

Wednesday, July 22, 2009

Rinduku pada ibu dan abah...zie







ibu... abah..
tanpamu aku tidak ada di dunia ini,
tanpamu aku tidak dapat melihat segala isi dunia ini..
betapa besarnya pengorbananmu ibu dan abahku..
apakah aku mampu untuk membalas apa yang telah kamu korbankan untukku???

Berbakti dan berbuat baiklah kepada ibu bapa kita
Ia satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

"Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa”( surah al-Isra', ayat 23 hingga 25)

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia’’

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Kita mempunyai ibu bapa dan kita sepatutnya bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka, kita lahir ke dunia dan dapat mengenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita mendapat kenikmatan berlimpah ruah.

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)

hati oh hati...



hati..
janganlah kau sibuk menegejar cinta mujahid..
tetapi kejarlah cinta penciptamu..
hati..janganlah engkau lekakan aku dengan angan-anganmu
sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu aku raih..
hati..sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??
di uji dengan kekecewaan, diuji dengan kesakitan, diuji dengan kesedihan...
terlalu banyak ujian....engkau perlu tabah..
tetapi engkau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya..

Dan aku tahu engkau tidak akan menjadi tabah dalam sehari dua,
Duhai hati...bersabarlah...perjalanan kita masih jauh..
janganlah engkau putus harap untuk berdoa...
hari itu akan tiba jua..

pabila engkau telah bersedia menghadapinya
bersabarlah..peliharalah iman hambamu ini yaAllah..
amimm..

Tuesday, July 21, 2009

Segumpal daging itu...

Hati..janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya...

Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu...s

edangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih...


Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan..?? tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya...kau perlu tabah..!! dan aku tahu,

kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua..


.Duhai hati... bersabarlah..perjalanan kita masih jauh...

bersabarlah..teruskan d0amu... hari itu akan tiba jua....

pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak...bersabarlah...

peliharalah iman hambaMu ini ya Allah...

Monday, July 20, 2009

Seuntai madah buatmu sahabat....



Kebahagiaan 0rang yang beriman adalah dengan mencintai Allah
Cinta kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam
Dari setiap sesuatu yang dalam.
Hanya mereka yang bersungguh-sungguh berimanlah yang dapat merasakannya.
Dan perasaan itu tidak boleh digantikan..

Ubatmu terdapat dalam wahyu..
Baik yang berhasil dari al-Quran mahupun As-Sunnah.
Kesenanganmu berada dalam iman
Penyejuk hatimu berada dalam s0lat
Keselamatam qalbumu berada dalam sikap redha
Dan keteduhan perasaanmu berada dalam sifat qana’ah anda.
Sesungguhnya kecantikan wajahmu berada dalam senyuman
Terpelihara keh0rmatanmu berada dalam hijab
Dan ketenangan hatimu terletak pada zikir..

Jangan menunggu datangnya kebahagian untuk dapat tersenyum
Tapi tersenyumanlah untuk mendapat kebahagian..

Tetaplah kau berlaku manis walaupun kehidupan ini pahit
Dan tetaplah kau redha walaupun 0rang lain murka..

Jadilah dirimu lebih lembut daripada angin yang sep0i-sep0i
Dan lebih tinggi cita-citanya di dunia daripada bintang di langit…

Barangsiapa yang mengenal Allah di kelapangannya
Maka Allah akan mengenalnya dalam kesempitan..

Percayalah kebahagian adalah seperti mawar yang di tanam
Tidak terus berbunga tetapi ia pasti akan tumbuh..


Thursday, July 16, 2009

Kepada Wanita Cantik ......???.


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
"Mengapa ibu menangis?"

"Karena aku seorang wanita",

kata si ibu kepada anaknya..

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.


Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"


Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan",

hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia berhubung dengan Tuhan, dan ia bertanya,

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,

ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa...

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam

untuk mampu melahirkan anak dan

menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan

untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan

dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan

untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan

untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya

dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya

untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan

untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya,

tetapi kadang menguji kekuatannya

dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya,

Aku memberinya air mata untuk diteteskan.
Ini adalah khusus miliknya

untuk digunakan pada waktu bila pun ia diperlukan.."


"Kau tahu:


Kecantikan seorang wanita

bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,

susuk badan yang ditampilkan,

atau bilamana ia menyisirkan rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita

harus dilihat dari matanya,

kerana itulah pintu hatinya -
tempat dimana cinta itu ada."

Razaly.Masri@infineon.com

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang
menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah -
mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan
memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
Insya - ALLAH.

"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat
jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik
dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,
lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar
dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan
menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.

"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya
bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan
baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat
kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan
jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap
juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta
suaminya".
Ibnu-majah.

"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa
yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa
kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada
kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya,
seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama
sesungguhnya lebih baik"
Ibnu - Majah.

Saturday, July 11, 2009

hiasan manusia


Terimalah cacian gurumu dengan hati yang lapang dan penuh kesabaran
kerana ilmu gurumu hanya akan dapat engkau terima dengan menyerahkan dirimu sepenuhnya kepadanya.
sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit getirnya menuntut ilmu, mestipun sedikit,
tentulah ia akan terjerumus ke dalam lembah kebodohan seumur hidupnya.

"barang siapa yang tidak memanfaatkan masa mudanya dengan menuntut ilmu,
maka bertakbirlah untuknya empat kali sebagai tanda kematiannya"

ilmu itu ladang kebanggaan,
maka berbanggalah kamu dengan ilmu
dan jangan sampat terlewat oleh mu untuk memiliki ladang kebanggaan itu..
sedarlahhhhh...
ilmu tidak akan dapat diraih oleh orang-orang yang perhatiannya hanya
pada makanan dan pakaian,
ilmu akan lebih senang bersahabat dengan orang-orang yang hidupnya sederhana..

ambillah ilmu itu sebanyak-banyaknya,
meskipun engkau harus berkorban dan menderita.
kerana pada suatu hari kelak, bila engkau menghindari dari suatu majlis
dan engkau yang memimpinnya,
maka engkau yang akan menjadi kebanggaan majlis itu..

Thursday, July 9, 2009

Kerjaku ibadahku..




aku adalah kesedaran untuk mereka
yang tidak sedarkan diri..
aku adalah kaki untuk mereka yang mengalami paralysis
aku adalah mata untuk mereka yang tidak boleh melihat..
aku adalah nyawa untuk mereka yang ingin membunuh diri
aku adalah pergerakkan untuk bayi yang baru lahir..
aku adalah pengetahuan dan keyakinan diri untuk ibu-ibu muda..
aku adalah suara untuk mereka yang terlalu lemah untuk berkata-kata..

dan setiap anggotaku juga adalah untuk beribadah...
mata ku begitu alert untuk melihat dan mengesan sesuatu yang berlaku
telinga ku bagaikan telinga lintah yang mampu mendengar bunyi-bunyi yang di keluarkan oleh clientku..
telinga ku juga tidak loket untuk mendengar setiap luahan yang diluahkan oleh mereka..
hatiku mudah berasa simpati dengan keadaan yang menimpa client ku..
hatiku penuh dengan kasih sayang terhadap mereka...
seolah-olah aku berada pada situasi itu.

Tanganku adalah kudratku..anugerah tuhan yang paling besar buatku..
Dengan tangan ini aku membersihkan mereka.
Tiada istilah kotor, jijik, loya dan mual dalam kamus hidup ku..
Najis, nanah, darah sudah sebati dengan diriku..
Dengan tangan ini aku menyuapkan makanan ke mulut mereka yang tidak mampu..
Dengan tangan ini lah aku memberi segala perawatan kepada mereka...
Betapa aku simpati melihat keadaan mereka...
Betapa tuhan itu maha berkuasa ke atas sesuatu...
Aku memberi penjagaan seolah-olah aku menjaga ahli keluarga ku sendiri...
Kakiku pula pantas bergerak ke sana sini menjaga kebaikan mereka..
semoga aku diberkati...

inilah aku...

Saturday, July 4, 2009

Hubungan cinta luar biasa..

Cinta ni ada banyak jenisnya....yang paling utama adalah cinta kita kepada Allah s.w.t dan rasulullah s.a.w...dan xsemestinya cinta pada aweks dan pakwe aje..dengan mak ayah pun boleh cinta jugak!!
Tetapi kalau ada yang bercinta seperti yang kat bawah ni....tu memang dah luar biasa dah tu..hehehe

 Bercinta dengan ikan duyung
Ermmm...punya la banyak pompuan2 yang berbentuk manuasia kat mukabumi ini, yang berbentuk ikan duyung jugak yg korang nak! Hahaha..memang luar biasa sebab cuba kita pk kemana kesudahan percintaan macam tu..?????

 Bercinta dengan bayang-bayang
Yang ni pun luar biasa jugak!! Member-member suma bercinta dengan org tapi ada pulak yang bercinta dengan bayang-bayang awek yang dia minat. Yang real xcinta tapi bayang-bayang pulak yang di cintainya. Xbetul ke aper..hehehehe

 Bercinta dengan kambing
Bukan setakat kambing jer, dengan binatang lain seperti kucing, harimau, zirafah, hamster dan lain2 lagi..
Hahahaha...yang ni lagi la xlogik, bukan saje xlogik malah amatlah di larang..


 Bercinta dengan patung
Ermmm yang ni bukan saje xlogik..klu diteruskan jugak nanti ada yang di gelar psiko oleh suma org pulak.best sangat ker bercinta dengan patung tu?

 Bercinta dengan pontianak
Ni memang kejer giler...bukan setakat cinta luar biasa dah ni!!!!sebenarnya diri dah berada dia alam yang berlainan...xlogik langsung!!!macam sengaja menempah bala pun ada jugak..karang xpasal2 kena cekik..heheheh seramnya..

'Cinta pada manusia atau apa sahaja akan sering buat kita kecewa. Cinta pada Tuhan, akan membuatkan kita bertambah bahagia..Kenapa kita kejarkan cinta manusia yang tidak menjanjikan apa-apa, sedangkan Allah yang pasti mencintai kita takkan pernah menolak cinta kita?'

'Cinta pada Allah tu juga macam kita cinta pada manusia.
Jika kita tidak mengenal Allah,dan berusaha untuk membuat sesuatu yang membuatkan dia senang pada kita, tentulah kita takkan dapat cintakan Allah.

Thursday, July 2, 2009

kunci oh kunci...

salam...
syukur alhamdulillah akhirnya hari ini dapat kutempuh juga walaupun rasa macam nak patah jer tulang empat kerat nihhhh..
di sini ku cuma nak luahkan rasa , terutama kepada sesiapa yang masih belajar sama macam aku nihhh..jangan ikut perangai aku ni yang akhirnya menanggung susah..pada org yang xmengalaminya akan menganggap ini cuma hal kecik jer.."alah bisa tegal biasa".

cuti akhir semester dah berakhir, so semua student yang sama denganku balik la ke kolej..pihak kolej dah tetapkan 2julai untuk pulang ke hostel.memandangkan 1 julai tu sibuk ngan pelatih-pelatih baru..
sebelum balik bercuti akhir semester, semua student di arahkan supaya mengosongkan bilik dan menyerahkan kunci bilik kepada pihak asrama untuk kejer2 pengurusan.
tapi diatas kedegilan ku, aku balik bercuti tanpa mengosongkan bilik, hanya kemaskan barang2 masuk dalam kotak jer..kunci pun aku xserah ingatkan xder tindakan aper2 yang akan diambil...habis jer cuti aku terus balik hostel pada 1 julai dengan harapan aku boleh masuk bilik lamaku dan dapat memindahkan barang-barangku ke bilik yang baru memandangkan kunci bilik berada di tangan ku..tp lain pula yang berlaku, rupanya tombol pintu bilik lamaku dah ditukar dengan yang baru...jadinya aku tidak dapat masuk ke bilik, aku mula berfikir kat mana nak tidur malam ni, perasaan ni dah mula kacau..mau tidak mau aku harus ke pejabat pengurusan asrama untuk dapatkan kunci bilik yang baru..puas ku pujuk penyelia asrama untuk ku ambil kunci bilik yang baru..bermacam alasan ku beri...xyah la sebut aper alasan tu..kalau di ingatkan rasa cam xlogik jer alasan yang ku beri tu..hehe siap kena lecture lagi sebab datang ambil kunci bukan pada tarikh yang sepatutnya..tapi akhirnya alhamdulillah aku berjaya dapatkan kunci tapi masalahnya aku diberi kunci untuk bilik baru ku, kerana bilik lamaku telah dihuni oleh org lain.
jadi harapan ku untuk memindahkan barang pada hari tersebut xtercapaila..ingatkan kalau balik hostel awal dapat la rehat kejap sebelum pergi kelas nanti, tp lain pulak jadinya...ermmm

keesokkan harinya aku pergi ke bilik lama untuk tgk kalau2 penghuni baru tu dah ada ke belum kat bilik dia...namun hampa juga..puas ku tunggu ku tunggu ku tunggu tapi xdatang juga.macam mana ni?apa harus ku buat? malam ni tepat pukul 8 malam kami kan bertolak ke klang..tapi barang2 semua xboleh nak ambil lagi...kelam kabut jugak aku dibuatnya..1 jam lepas tu baru la aku nampak penghuni bilik itu datang..indian girl rupanya..syukur alhamdulillah akhirnya boleh juga aku ambil barang2 ku...
baru ada perasaan lega sikit..tapi itu cuma beberapa saat jer..sebaik sahaja pintu bilik itu di buka alangkah terkejutnya aku satu habuk pun xder barang2 aku...rasa cam nak menangis jer saat tu...mana tidaknya..semua uniform, buku2 semua kat situ..dah hilang punca dah time tuhhhh, xtahu nak cakap aper...tiba2 ternampak redicare lalu di hadapan ku...aku cuba bertanya kepadanya kemana barang2 kat dalam bilik tu..dia cakap suma barang2 tu kat dalam bilik utiliti...alahai masalah lagi, bilik utiliti tu pun berkunci..sengsarala lagi sekali untuk dapatkan kunci...
aku bergegas pula pergi ke pejabat pengurusan asrama..nasib ku baik ada seorang senior ku di situ...aku cuba minta pertolongan dari dia untuk dapatkan kunci bikil utiliti tu...syukur alhamdulillah dia tolong walaupun dia tahu itu satu kesalahan mengambil kunci tanpa pengetahuan pihak pengurusan dan tiada sebarang butir di rekodkan..aku amat berterima kasih kepadanya kerana memberi pertolongan di saat aku amat2 membutukannya..hampir 3 jam aku memindahkan barang2 ke bilik baru ku..rasa seperti nak tercabut semua urat sarafku..habis seluruh anggota terasa perihnya mengangkat kotak-kotak yang sarat dengan buku2 dan pakaian..selesai pindahkan barang, kena kemaskan barang lagi untuk bertolak ke klang malam ni pukul 8mlm..aduhhhhh sakitnya...penat tadi pun xhilang lagi..kejap lagi berangkut lagi barang2..asik pindah randah jer..beginilah kehidupan seorng pelajar...ermmm hampir pukul 12 malam baru selesai semua bab kemas mengemas kat klang ni...esok ader kelas teori..harap2 aku dapat tumpukan perhatian..insyaAllah..ku harus tabah..inilah liku2 kehidupan sebagai seorang pelajar...ni baru yang biasa2, yang akan datang nnt belum tahu lagi....wallahu'alam..

Wednesday, July 1, 2009

Pantun pasca bayar





Tanjung kantung airnya biru
Tempat mandi nak dara jelita
bil henpon melambung sikit punya haru
asyik dok bergayut dengan kau merata-rata

pisang emas di bawa belayar
masak sebiji di atas peti
bil henpon ini bila kau nak bayar
pinjam pandai xkan bayar bil kau tak reti..

hanyut sampan anak temenggung
di bawa arus hingga kemuara
kalau bil henpon melambung tak tertanggung
sms sajalah xpayahla nak dengar suara..

pecah hidung pecah mulut
bil henpon melambung macam mana aku x kalut

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tapak tangan
bil henpon dah cecah beribu
patutla kau nak aku yang buat panggilan.

Yang korek itu hidung,
Yang melekat itu bijihnya
Patutla bil henpon aku melambung
Asik dok main sms dengan kau rupanya.

Dia kekasih....

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat...
Selagi upaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat.....
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta...
Rinduku padanya tiada terkata...
Nantikanlah daku di taman syurga...

ada apa dengan mata....

kenapa ni.....
lagi 5 minit menunjukkan pukul 3am..
tapi mata ni masih xmampu lelap lagi...
bermacam perasaan silih berganti, ada yang datang ada yang pergi..

rupanya kepala ni ingat kat kampung lagi..
maklumla cuti berakhir hari ini...
esok ada kelas teori...
mata ni kena berhati-hati...kalau x habislah cikgu nampak nanti..
huhuhuhu..
takut ada yang lain tumpang sekaki...

Nawaitu..

"gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"zie_awana.