Masa itu emas! Sebab itu org-org bijak kata’ jgn buang masa’
Org xbijak jer selalu membazirkan masanya....hehehe.
Nak tahu nape selalu jer xcukup masa???
Sebab banyak tidur
Kalau dah tidur 24 jam, mana nak ada masa untuk benda lain..
Bangun2 makan pastu tidur semula...silap-silap kang tidur terus!!nyawa kena tarik time berdengkur...xsempat nak mengucap...innalillah...
Sebab banyak makan
Ha...ni lagi satu sebab napa asik xcukup masa ...asyik makan, makan dan makan je kejer nya..pas makan mula la mengantok..mata pun layu jer..mulalah melingkar macam ular sawa...makan tido makan tido, macam mana nak ada masa untuk benda lain..ingat!!tuhan pun xsuka kalau kita berlebih lebihan dalam makan...
Sebab banyak minum
Ni lagi la masalah.. Kalau setakat minum air oren atau air bergas jer xpe la jugak...ni kalau sampai minum minuman yang memabukkan sehingga betul –betul punya mabuk memang dah xguna cakap pasal masa..masa terawang-awang jer yang dia tahu...kalau yang islam tu insaf2 lah dan bertaubat..
Sebab banyak kerja
Kalau asyik kerja, kerja, kerja dan kerja akan membuatkan kita xingat benda lain selain kerja tu ja...jadinya sudah tentulah xder masa nak buat dan fikir benda lain selain kerja..makan pun ingat kerja ja..silap haribulan aweks pun lari kalau macam ni..
Sebab banyak cakap
Sebab kalau asyik bercakap dan membebel je xkira masa dan ketika..macam mn nak buat benda lain. Nak makan bebel, nak mandi bebel, nak tido pun bebel....memanglah xfikir benda lain dah..naik bebel org lain mendengarnya..
Tuhan pun xsuka org yang banyak bebel ni...kalau yang berfaedah dan bermanfaat xper la jugak..ingat!!! makin banyak kita bercakap makin bertambahlah dosa kita..
Sikap sebagai seorang mukmin.....
Orang mukmin sangat menjaga masa. Masa tidak dibuang dan
disia-siakan begitu saja. Setiap masa diisi dengan sesuatu yang
berfaedah. Bahkan pandai membahagi-bahagikan masa diisi
dengan jadual hidupnya. Ada masa untuk beribadah, ada masa
untuk membaca, ada masa untuk berjuang, masa untuk menziarah,masa dengan anak-anak dan isteri-isteri, masa untuk tidur baring dan rehatnya.
Kalau dia orang penting, ada masa untuk
tetamu dan orang-orang yang hendak berjumpa dengannya.
Begitulah seterusnya masa itu sangat berharga. Masa adalah
120 umurnya. Mensia-siakan masa ertinya mensia-siakan umurnya. Dia sudah tentu tidak akan mensia-siakan umurnya.
p/s:
Terima kasih kerana sudi singgah kat blog yang xseberapa ni...
Xperlu skema kat blog saya ni...santai je ok...
Ape2 hal boleh tinggal komen kat sini...
Ok daaaaaaaaa.....salam.
No comments:
Post a Comment