Firman Allah s.w.t:
Wahai orang-orang yang beriman, telah di wajibkan ke atas kamu berpuasa sebagai mana telah wajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang –orang yang bertaqwa. (QS Al-Baqarah : 183)
Assalamualaikum....syukur alhamdulillah kerana di panjangkan umur tahun ni kita dapat lagi menyambut bulan yang mulia iaitu bulan ramadhan...bulan ini lah semua org berlumba2 hendak melakukan amal ibadat...pahalanya berganda..
Ermmm...pasti semua xlupa niat puasa walaupun kekadang lupa pulak nak niat kot arab tapi yang penting bila terlintas di hati nak puasa dah sah dah..namun begitu, jauh di sudut hati ada yang terselit secebis niat sebenar yang hanya tuhan je yang tahu...
Yang sebenar itulah yang menentukan tahap pencapaian kita atau sekadar mendapat lapar dan dahaga sahaja..
1) Niat puasa org nak slim
Jangan xcaya ramai antara kita yang suka puasa bulan ramadhan ni sebab dapat peluang berdiet selama sebulan..maka dapatlah turunkan berat badan sambil turun juga pahala puasa seperti mana lemak yang hilang tu..
2) Niat puasa org nak jimat
Zaman ekonomi meleset ni memamg sesuai sangat le xmakan sebab dapat kurang bajet harian tapi kekadang terlebih bajet pulak bila berbuka. Kalau di campur tolak perbelanjaannya lebih kurang same jugak, silap-silap lagi banyak sebab banyak sangat borong kat pasar juadah, jadinya pahala yang dapat pun banyakla diskaunnya..
3) Niat puasa ikut org lain puasa
Sebab bulan ni suma org puasa maka dengan selambernya korang pun puasa. Tak best pulak xpuasa sebab nanti apa pulak org kata..maka pahala puasa pun xbest jugak la sebab kalau ikutkan hati memang lagi happy kalau xpuasa...nak macam tu ke? Lu pk la sendiri...nabil yang kata..bukan zie..hehehe
4) Niat puasa sebab nak raya
Sejak kecil lagi dah di ajar kalau puasa xcukup sebulan, maka xbestla raya. So berhempas pulas la puasa untuk cukupkan sebulan puasa semata-mata nak menikmati raya sebagai menyambut kejayaan berpuasa tu...
Sebenarnya orang tersebut berjaya mendapat hari raya itu tapi bukan pahala puasa yang sebenarnya...
5) niat puasa nak cari keredhaan Allah
bulan xpuasa pun berpuasa sunat, inikan pula bulan puasa yang wajib dan setentunya akan pulun habis-habisan macan jumpa mega sale setahun sekali. Bukan sebab org suruh tapi hati memamg happy sesangat dapat peluag beribadat dengan harapan Allah redha kepada kita sebagaimana seorg hamba yang tidak mengharapkan upah dari tuannya asalkan dia suka kat kita..
Dalam bab ni hanya tuhan jer yang tahu apa yang Dia nak hadiahkan kepada kita...wallahua’lam. ..
p/s:
Ø jadi sebelum puasa tu perbetulkan niat dulu..yang mana satu pilihan anda...
Ø nabi kita sebenar-benarnya amat menantikan bulan ramadahan ini dan akan berasa sedih apabila bulan ramadhan akan meninggalkannya..bagaimana pula denga kita????
salam zie. :)
ReplyDeletelama simpan niat berkunjung diblog zie baru berkesampaian sebab zie tada tinggal link T__T
selamat berpuasa untuk semua ahli keluarga ea.
terima kasih.
ReplyDeleteminta maaf diatas kekurangan..
moga puasa tahun ini menjadi yang terhebat...sama-samalah kita lumba mencari redha tuhan..insyaALLAH.