Tuesday, July 13, 2010

Jadikan Dunia Bernilai Untuk Akhirat..


Dunia yang nampaknya hebat
cantik dan indah mempersonakan manusia
kita manusia sahaja yang merasa cantik dan indah
pada tuhan tiada nilainya
walaupun sehalus habuk atau sebelah sayap nyamuk

jika dunia ini ada nilainya
nesacaya tuhan tidak akan memberinya kepada orang kafir
begitu juga dengan orang islam
di waktu taat, tuhan memberi
diwaktu derhaka tuhan tarik
adakalanya tuhan memberi adakalanya tuhan menahan
nescaya parahlah manusia ini,
tapi pada tuhan, dunia tidak sedikit pun bernilai
Orang kafir pun tuhan beri makan bahkan pelbagai nikmat

oleh kerana dunia ini tidak ada nilainya disisi tuhan
maka tuhan menyuruh kita berikan dunia ini nilai akhirat
jadikan dunia ini jabatan ke akhirat
jual dunia ini untuk beli syurga

kalau begitu dunia ini tidak ada harga
dunia ini kalau tidak di jadikan akhirat
kita hidup sia-sia, dunia akan binasa
tidak kekal abadi kita di sana...

Nawaitu..

"gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"zie_awana.